Sejak 25 Feb 2011

Wednesday, February 23, 2011

Sayangku Qistina Sofea

Sayangku Qistina Sofea…
Kehadiranmu memang dinantikan
Segala usaha dan usaha dilakukan agar aku dan dia memperolehmu
Akhirnya….pada tahun kedua kehidupan aku dan dia ….kau hadir di dalam jasadku

Kau bergerak-gerak mengikut sukamu di dalam badanku
Kuak lentang, pusing-pusing keliling, kepala ke bawah kaki di atas, melintang, membujur…
Tanpa mengira aku ini sakitkah? Gelikah? Ngilukah?
Betapa pun rasanya…pergerakan itu membuatkan aku dan dia sentiasa tersenyum…kekadang ketawa bersama…hingga ada kala dia bercakap-cakap dengan perutku…kelakar…

Indahnya saat itu bila kau wujud di dalam jasadku
Tidak sabar rasanya mahu melihatmu ke dunia…bukan aku dan dia sahaja yang rasa
Malah semuanya…nekma, nenek, atok & atok, auntie, uncle, mak & pakngah, mak & pak lang, mak & paktih, mak & paksu…semua…semua…semua…

Qistina Sofea, sayangku…
Tahukah kau betapa sakitnya aku sepanjang kita berkongsi rasa, berkongsi nyawa, berkongsi semuanya..tidak pernah sedetik pun rasa selesa menjelma? Dan nekma selalu kata…..jangan berkerut, jangan mengeluh nanti anakmu tidak gembira…hehehehe
Demimu sayang…aku buat tak tahu sahaja dengan rasa sakit itu…tetapi sidialah yang jadi mangsaku…mengurutku setiap malam…

Bila waktu itu telah tiba….sedikit pun aku tidak tahu…
Tiada tanda-tanda, tiada amaran-amaran
Hanya bila mesin itu…mesin itu yang memberitahu…jantung kamu tidak baik sayang…
Maka pekerja-pekerja berpakaian putih mula membuat tindakan…
Maka di tengah malam yang sunyi, aku dibelah macam ikan…
Dia tiada disisi…ini kes kecemasan

Aku nampak di celah-celah lampu seakan bercermin di bilik itu yang terang benderang
Kesan merah-merah….tubuhku kah  itu yang dirobek-robek?
Sibaju putih itu tahu apa yang aku nampak…maka lampu itu pun beralih…

Masa berlalu dan tanpa aku sedari…sibaju putih memegangmu sambil berdiri di sisiku…tapi jauh
Aku hairan kerana aku tidak rasa apa-apa saat kau keluar dari tubuhku
Lalu sibaju putih berkata..”Puan, ini anak puan…sila beritahu ini anak apa…
Lalu ku jawab..PEREMPUAN…sibaju putih berkata lagi…”betul ya..ini anak perempuan?””YA” jawabku
Berkata lagi sibaju putih..”anak ini mesti dibawa dengan segera ke NICU kerana dia lemas dan sudah termakan najis”…aku mengangguk lemah.

Saat itu aku tidak rasa apa-apa….mana rasa keibuan itu? Mana rasa kasih itu….aku bingung
Saat aku dibawa keluar dari bilik itu…kulihat si dia dan ibuku telah menunggu…kukatakan pada mereka apa yang terjadi….mereka hanya diam dan mengangguk

……..
………
………
Sayangku Qistina Sofea…
Aku lemah waktu itu…tidak dapat menjengukmu sehinggalah pada hari kedua kelahiranmu
Hanya dia yang kau panggil papa dapat melihatmu pada hari pertama itu…
Kata papamu….”masih berada dalam peti, tak dapat disentuh…maka belum diqamatkan”

Hari kedua diwaktu pagi…aku..mamamu hanya mengirim bekal susu untukmu…masih kamu disitu
Hari kedua bilamana matahari mencecah kepala….papamu dan sibaju putih membawa mama kepadamu
Saat kusentuhmu sayang…barulah perasaan keibuan itu timbul…perasaan kasih dan cinta itu ada…(terukla mamamu ini)
Air mata deras bagai sungai  membasahi pipi…tatkala ku lihat ada tiub-tiub dimulutmu dan dikaki kecilmu…dan aku masih tidak boleh memegangmu waima menyusukanmu.
Hari ketiga tatkala mama boleh pulang…kamu harus tinggal disitu….sedih bukan kepalang terpaksa meninggalkanmu ditemani sibaju putih
7 hari kamu disitu dan setiap hari mama berulang alik menjengukmu…dari pagi hinggalah ke malam…setia bersama papamu yang hanya dibenarkan masuk pada waktu lawatan

Qistina Sofea…kamu kuat kata nekma…kecil-kecil lagi dah dicucuk sana sini…moga bila besar bertambah kuat semangatmu wahai sayang..

Alhamdulillah…sepanjang rawatan kamu menunjukkan perkembangan yang baik…
Melegakan hati mama dan papa dan seluruhnya…
Tiba saat kamu dibawa pulang…ditabur beras kuniyit oleh atokmu…diberi makan kurma dan sedikit garam…diiringi doa, serta selawat dan salam

Kamu hangat dalam pelukan mama…..akhirnya kita bersama semula…..

Alhamdulillah…bersyukur aku atas amanah Allah ini…..aku mahu jadi ibu nyang sempurna agar Qistina Sofea sempruna segalanya…tetapi dugaan Allah itu tidak kita duga…redha dan pasrah sahaja atas apa yang diterima….




5 comments:

TUKULSABIT said...

nice one..keep on writting kak..u make my tears drop thinking of her..

waiting for ur next entry

insan kerdil said...

pada ketika....terbina nya kenangan....terlakar jua kisah....suatu perjalanan kehidupan...yang bermula....dan diteruskan...buat yang tersayang....daripada yang menyayangi....dalam menuju redha Ilahi.....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah....

wallahu'alam....

MisschqaMustafa said...

wow!! kak zet!!! suke suke!! heee!

Bicara hati ibu aisya said...

Salam kenal zetty..
Terharu sungguh saya baca entry nih.Dapat saya bayangkan saat-saat itu.Harap kita dapat berkongsi pengetahuan berkaitan hearing aid anak-anak kita.
Macam mana saya nak follow awak?xde icon follow pun.(atau kat pc saya xkuar icon tuh?)

Mama Q said...

ibu aisya...tq...sama2 kiter share ilmu tentang anak2 yer..ada la icon follow tu..nnt saya cek

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...