Qistina Ratu diambil sempena nama anak-anakku, yang sulung Qistina Sofea dan yang kedua, Qurratu'aini. Mereka adalah permata hati dan nyawa ku. Setiap hembusan nafas mereka adalah nafasku jua. Setiap detik bersama mereka, sejak mereka di dalam kandunganku lagi adalah satu penghargaan buat diri sendiri sebagai wanita yang bergelar ibu.
Qistina Sofea yang lebih manja dipanggil Sofea (apple of my eyes) baru mencecah umur 3 tahun (28hb Mac 2007) manakala Qurratu'aini yang ku panggil Ratu (ratu hatiku) baru berusia 4 bulan (8hb Febuari 2010). Kedua-dua puteri berlainan rupa dan tingkahlaku....'totally different' seperti tidak bersaudara tapi kenyataannya mereka adalah darah dagingku..
Thursday, June 3, 2010
Siapa Qistina Ratu?
Posted by Mama Q at 6/03/2010 04:24:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment