Sejak 25 Feb 2011

Monday, April 18, 2011

KENA PAU!

Hari Sabtu yg indah.....Mr. Ling (hubby) ajak breakfast kat luar (indah itu kerana x perlu masak utk breakfast)

Port kami seperti biasa klu bekfas kat luar adalah kedai mamak As-salam kat Taman Semarak, Nilai. Dapat amik gambar nescafe tarik jer ngan gambar budak2 + Mr. Ling + gambar terpaksa mama.

Makan2 hari Sabtu
Cerita gambar dr kiri ke kanan ikut pusingan jam.....nescafe tarik-mama punya, Sofea tumpang sekaki, Ratu 'Ain & papa, muka mama kelat pasal Sofea main hp mama nak amik gambar, Sofea dengan aksi chiki dan pemalu (konon la).

Nape gambar Sofea jek yg banyak? Pasal Ratu 'Ain dah jak papa round2 satu restoran...jadi sementara tgu mknn, Sofea nak posing...hmmm...anak dara sorang ni mmg suka posing & asah skill amik gambar.

Lepas bekfas kami pg Giant Nilai beli brg dapur skit (dah janji ngan papa, kali ni mama blanja plak brg dapur..hehehehe).

Sampai kat Giant..jalan punya jalan, pilih punya pilih...tiba2 ada org 'pau' mama...jenuh jugak nak cuba elak dari kene pau...keluar air dahi & ketiak gak la. Walaupun masa tu papa ada...dia pun x leh wat apa2. Papa pun cuba ngelak & pujuk org tu supaya jgn la pau kiter org...kiter org hari tu plak bukan bwk cash bnyk...cukup2 utk beli brg dapur jek....

Tp nak wat camner, kilas punya kilas...elak punya elak...cuma silapnya kami x buat aduan kat sekuriti....

Akhirnya org tu berjaya gak pau kami......sebenarnya Mama la yg kene....dan ini lah hasil 'pau' org berkenaan:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ni la 'orgnya', tukang pau bersama scooter, hasil 'pau' itu

Disebabkan x mahu lihat aksi filem hindustan, maka mama rela di'pau'...terpaksa guna duit plastik yg limitnyer dah nak sampai idung tu.....

Walaupun ada scooter kaler pink dan mama pujuk amik kaler pink.....Sofea tetap nak scooter biru...'nak nmpk brutal skit la mama, baru macho'.

Ada masa ini budak senang nak pujuk...tp ada masa bila susah pujuk, dia akan buat filem hindustan sampai kat rumah...itu yg x sanggup.

Perkara2 yg sebegini la yg membuatkan Mama kene keje...kalu x...kayap la Papa.

4 comments:

Nonie said...

Anak-anak mcm tu la kan kak....bila hasrat x dipenuhi mulalah menyanyi semerdu-merdunya kalah suara Ct Nurhaliza..hehehe(Humaira la tu)..Along N ANgah dah faham dah...

Imaan09 said...

ahahaa..ingatkan apa tadi.. kena pau ngan budak rupanya..

mm, off topic sket..
saya duk Lavender dear..TLS..sepakat indah 2..

ieda said...

kena pau dgn anak mmg kalah la kan..
nabila pun kalau dibawa ke giant tak boleh lalu kat tempat2 mainan ni..mesti merengek nak beli..tapi umie dgn abah dia wat deeerrrkkkk ja..hihi

MisschqaMustafa said...

whoaaaaa suda besar ini budak!!!!

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...