Sejak 25 Feb 2011

Thursday, January 27, 2011

Kesedaran

Lama sungguh x update blog...sebetulnya x pandai la nak mengarang kata...sejak dah kahwin dan beranak pinak ni..seperti hilang seni menulis ni.

Baru2 ni singgah satu blog...itupun dpt tahu dari pendengar hot fm....rasa terpanggil nak melawat blog tersebut kerana menurut pendengar hot fm tu...blog ni sedih sgt....maka 2 hari sudah mama qistina ratu pun google la"doa buat alanna"..
Confirm! giler sedih baca blog ni...rasa takut pun ada pasal kalu boleh x mo hadapi situasi mummy Alanna ni...kuat & tabah sungguh mummy Alanna serta arwah Alanna...x mo la citer pasal Alanna ni...mama qistina ratu jadi sedih sgt2...dah 2 ari menangis teringatkan wajah arwah baby Alanna tu.
Terpanggil untuk update blog ni pun pasal tulisan mummy Alanna...beliau benar2 buat mama qistina ratu sedar betapa berharganya amanah yang Allah sudah kurniakan.
Bersyukurnya mama kerana dianugerahkan dengan 2 puteri yang sihat. Walaupun pada hakikatnya Qistina Sofea mempunyai kekurangan..tapi sekurang2nya dia masih lagi nampak sempurna dan sihat.

Anak mama, Qistina Sofea (kakak) ni sebenarnya kurang pendengaran yg menyebabkan dia perlu memakai alat pendengaran pada kedua2 belah telinganya.....x pasti apa sebabnya...mungkin kah kerana sewaktu lahirnya dia lemas (syukur Alhamdulillah x effect otak). Disebabkan kurang pendengaran Sofea masih x boleh bertutur dgn baik walaupun umur dah nak masuk 4 thn. Risau jugak....tapi apa pun Sofea dalam proses menjalani ujian pendengaran di ENT Hospital Seremban dan bulan April nnt akan masuk kelas 'speech theraphy'. Mudah2an Sofea dapat bertutur bila nak ke tadika thn depan.

Skang ni, si Sofea mama anta ke Taska..dekat Bangi (Al-Humairaa)...adik, si Ratu 'Ain pun pegi taska jugak. Nmpknya sejak tgl di Taska..Sofea dah boleh cakap beberapa perkataan dgn jelas...banyak perkataan yg dia cakap mama dah faham...doa mkn pun dah lancar walaupun
pelat. Alhamdulillah....terima kasih kakak2 kat Al-Humairaa. Adik jek....masih menangis bila pg 'sholah' (perkataan kakak).

Eh eh!..macam dah lari dari tajuk plak en3 ni. Sebenarnya apa yg mama nak luahkan adalah kesedaran mama terhadap permata2 yg mama telah lahirkan. Sejak mama baca blog mummy Alanna (http://mayyonnizz.blogspot.com) mama rasa bersalah sgt pasal selalu marah2 kat Sofea...pasal Sofea ni mmg anak nakal...disebalik nakal itu sebenarnya Allah nak uji hati seorang ibu...sama ada sabar atau tidak, syukur atau tidak. Kadang2 bila mama dah x tahan mama rotan Sofea....kasihan Sofea. Setiap ibu itu Allah uji dgn berbagai cara.....dpt anak sempurna tp nakal..itu ujian...dpt anak baik tp sakit...itu ujian...kesimpulannya x der yg perfect dlm dunia ni.

Mummy Alanna...terima kasih la kerana penulisan mu itu memberi kesedaran kpd mama qistina ratu supaya lbh bnyk bersabar dan cuba utk mendidik anak2 dgn diplomasi.
Harap sgt agar perasaan baru ini akan terus kekal...PERINGATAN utk diri sendiri...jgn marah anak selalu..jgn pukul anak (klu nak pukul pun biar bertempat dan jgn melulu)


Tgk la ni puteri mama dah mcm putera plak....suka memanjat.
Ini la Qistina Sofea
















Ni la Qurratu 'aini...aka Ratu 'Ain...mama pgl adik@'Ain...kdg2 Ratu...nenek saudara dia jek yg suka pgl dia Ratu
















Ni gambar lama masa adik 7 bulan kot...skang dah besar. Dah pandai jeles menjeles ngan kakak..kakak lg la jeles..itu yg buat mama kadang2 pusing/fenin

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...